Fisiologi Tangisan bayi

Tangisan boleh menimbulkan refleks Valsalva. Refleks ini memberi kesan negatif kepada tekanan hisapan susu ibu dan boleh mengakibatkan penyusuan yang buruk. Tahap kortisol akan meningkat bersama-sama dengan tekanan darah. Peningkatan tekanan darah akan memberi impak kepada aliran darah serebrum, halaju aliran darah serebrum serta tekanan intrakranium. Peningkatan tekanan serta halaju boleh menyebabkan pendarahan ada intrakranium. Hembusan nafas yang panjang juga boleh menyebabkan beberapa kesan buruk. Pulangan vena yang terhalang dan nafas yang diambil semasa pernafasan yang pantas boleh berlaku. Pelanggaran foramen ovale juga boleh berlaku.[3]

Orang dewasa kebiasaanya boleh menentukan sama ada tangisan bayi itu menandakan bayi itu sedang dalam keadaan marah atau sakit.[7] Kebanyakan ibu bapa juga berupaya yang lebih baik untuk membezakan tangisan bayi mereka sendiri berbanding tangisan anak-anak mereka yang lain.[8] Seorang bayi mampu meniru kontur nada ibu bapa mereka seperti contoh, bayi di Perancis meraung dengan nada yang tinggi manakala bayi di Jerman pula dengan melodi yang jatuh.[9] Rangsangan secara berlebihan mungkin menjadi faktor penyumbang kepada tangisan bayi dan tempoh tangisan yang aktif juga bertujuan untuk mengeluarkan rangsangan yang berlebihan untuk membantu sistem saraf bayi memperoleh semula homeostasis.[10][11]